Rezeki Sebagai Housewife

Saya ibu kepada dua orang anak lelaki yang kini berusia 3 tahun dan 6 tahun. Suami saya seorang yang sangat sibuk dengan hal kerja. Habis kerja malam dan kadang kala hari minggu juga perlu berkerja. Jadi, segala hal urusan rumah tangga saya lakukan sendiri dari mengemas rumah, memasak, jaga anak, ambil dan hantar anak pergi sekolah dan temasuklah keluar beli barang dapur sendiri dengan anak-anak. Hari-hari saya sentiasa sibuk. Waktu rehat saya hanya ketika tidur sahaja, inilah kerjaya saya – HOUSEWIFE.

Selama ini, saya merasa diberkati kerana saya mempunyai suami yang rajin dan baik yang bekerja keras untuk menanggung semua perbelanjaan keluarga. Ini memang tidak mudah bagi suami saya. Sementara itu, ini juga membuat saya merasa tidak aman. Saya tertanya-tanya bagaimana jika kita kehilangan sumber pendapatan dari suami saya? Oleh kerana saya tidak mempunyai sumber pendapatan saya sendiri, bagaimana jika ibubapa saya meminta bantuan kewangan daripada saya?  Saya juga tak dapat beri lebih wang belanja pada ibubapa saya.

Saya rasa segan untuk minta wang dari suami terutama berkaitan dengan hal kewangan yang melibatkan keluarga besar saya seandainya keluarga besar saya hadapi masalah kewangan. Saya juga rasa terbatas bila saya inginkan sesuatu tapi saya tak dapat miliki benda tu sebab saya tak ada wang sendiri dan saya perlu minta dari suami. Apa kata lagi jika I dah tua dan sakit lagi, mana I boleh dapat bantuan kewangan? Keadaan ni buat saya jadi tak selesa.

Inilah sebabnya saya mendaftar diri untuk menjadi financial consultant dengan EVOL Consultancy. Dan saya rasa bersyukur kerana saya mempunyai sumber pendapatan saya sendiri sekarang dengan bimbingan manager. Saya dah boleh kongsi rezeki wang saya dengan ibubapa dan adik beradik dari hasil kerja saya. Yang paling penting, sedikit sebanyak dapat bantu meringankan beban suami.

Selain itu, dengan pengetahuan kewangan yang saya pelajari dari EVOL, saya dapat menguruskan kewangan saya sendiri dengan lebih baik. Saya dapat melihat bahawa kewangan keluarga saya menuju ke arah yang positif dan ia memberi rasa keselamatan dan kedamaian.

Sekarang, saya selalu memberi semangat kepada pelanggan saya terutama yang sebagai housewife supaya jangan hadkan diri. I faham sepenuhnya bagaimana perasaan seorang housewife.

Walaupun kita suri rumah, kita masih boleh kejar impian atau cita-cita kita. Kita juga boleh ada pendapatan sendiri, simpanan sendiri. Kita tak perlu bergantung 100% dekat suami. Jika suami izinkan untuk berkerja dari rumah, guna peluang yang suami beri sebaiknya.

Alia Tamsir
Wealth Adviser,
EVOL Consultancy