Merancang Simpanan Untuk Aspirasi Hidup

Sebulan yang lalu, ketika bersama dengan salah seorang rakan futsal saya di mamak (ngeteh), dia memberitahu bahawa pada usia 55 tahun dan sebagai penghidap diabetes selama 2 tahun, dia tidak layak mendapat kad perubatan. Kerana pengalamannya sebagai penghidap diabetes, dia mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai perancangan insurans perubatan dan juga pengurusan wang. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk membuat temu janji dengannya, dan langsung mengajak saya ke rumahnya.

Dalam perbincangan ini, dia menekankan bahawa sangat penting untuk memiliki insurans perubatan seawal mungkin dan ketika masih sihat atau mampu bekerja. Sebagai penghidap diabetes dan tanpa sandaran insurans perubatan, dia sedar bahawa dia perlu merancang kewangannya dengan bijak. Langkah permulaan, saya membantunya menilai kemampuan kewangannya masa ini dan kedua, saya memberikannya penyelesaian yang dapat merancang simpanannya dan memastikan bahawa pada akhirnya, dia juga mempunyai satu jumlah dana yang kuat untuk aspirasi hidupnya. Dia gembira dan bersetuju dengan cadangan saya. Dan saya merasa diberkati kerana dapat membantu, dan bangga kerana menjadikannya sebagai client saya.

Orang yang menghidap diabetic pun sedar dan masih berkesempatan dalam usaha untuk membuat perancangan kewangan yang terbaik untuk keluarga. Apa kata, kita yang masih sihat dan mampu bekerja sekarang ini, sediakan hibah takaful/simpanan yang lebih baik untuk keluarga, apa yang kita tunggu lagi? Jadi, adakah kita bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang akan datang? Jom kita plan!

Amirul Ahmad
Wealth Planner,
EVOL Consultancy