Sebenarnya, sebelum ini saya sendiri pun tak yakin, boleh ke orang yang sudah ada diabetis dapat apply pelan perubatan? Then selepas saya find out dengan lebih lanjut, sebenarnya masih ada chance lagi. Salah satu perkongsian kali ini adalah, penghidap diabetis juga berpeluang untuk memohon pelan perubatan ataupun untuk mendapatkan satu pelan penggantian pendapatan jika berlaku lumpuh kekal, kematian ataupun penyakit kritikal.
Saya mencadangkan solusi ini untuk merujuk kepada salah seorang referral client saya. Seorang ibu tunggal dengan bacaan HbA1c 8%. Dan dia berharap agar layak untuk dapatkan pelan perubatan. Apa yang dapat saya kongsikan kepadanya ialah, kelayakan untuk memohon dan memiliki rancangan perubatan ini adalah bacaan HbA1c tidak lebih dari 7% atau kurang. Untuk situasinya sekarang, layak untuk memohon dan mendapatkan satu pelan penggantian pendapatan jika berlaku lumpuh kekal ataupun penyakit kritikal dan pampasan diberikan jika berlaku kematian. Marilah kita mulakan dengan membuat sumbangan sekarang, sebelum bacaan kesihatan kita kembali meningkat, yang akan menyukarkan permohonan untuk diluluskan. Masa yang baik untuk merancang adalah ketika kita sihat, dan masa yang terbaik untuk bertindak adalah sekarang.

Amirul Ahmad
Wealth Planner,
EVOL Consultancy